Imej Yang Dikatakan Samsung Galaxy M12 Tertiris – Mungkin Sokong Bateri 7000mAh

Imej Yang Dikatakan Samsung Galaxy M12 Tertiris – Mungkin Sokong Bateri 7000mAh

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Samsung sedia hadir dengan peranti pintar bersama kapasiti bateri besar 7,000mAh menerusi pengenalan Samsung Galaxy M51. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya pada harga RM1,599. Bagaimanapun, ada desas-desus terkini mengatakan Samsung dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi model dengan keupayaan bateri yang sama.

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan mengenai nama model. Tetapi desas-desus mengatakan ia mungkin dilancarkan sebagai Samsung Galaxy M12 kelak, atau dijenama semula menjadi Samsung Galaxy F12 – berikutan kedua-duanya berkongsi nombor model yang sama. Rekaan peranti juga dipercayai telah diperlihatkan dalam beberapa imej sebenar yang tersebar. Tetapi, sekadar terhad pada bahagian penutup untuk panel belakang sahaja.

Melaluinya, ia dilihat hadir dengan kuad-kamera utama yang disusun dalam bentuk segi-empat sama – dengan susunan 2X2. Maklumat lanjut mengenai konfigurasi kamera masih tidak diketahui buat masa ini. Selain itu, ia turut dilengkapi port sambungan USB-C dan tiada sebarang pengimbas cap jari fizikal yang ditemui.

Pun begitu, peranti ini dikatakan masih lagi dalam pembangunan. Jadi, mungkin terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai spesifikasi dalaman. Tetapi, ia dipercayai dilengkapi paparan 6.7-inci dan bateri 7,000mAh.

Adakah anda perasan, pada awalnya konsep kamera utama sebegini pernah menjadi bahan jenaka ramai pihak. Namun kini, ia dilihat menjadi ikutan industri. Bahkan, kita sendiri dapat lihat bagaimana pasaran hari ini dibanjiri dengan peranti pintar bersama rekaan sedemikian.



Paling Popular