iPad Pro Dengan Panel Mini LED Dijangka Hadir Seawal Suku Pertama 2021
Aman
Beberapa pengeluar telah diperkatakan bakal hadir dengan peranti berasaskan panel mini LED tidak lama lagi. Terbaru, mengikut laporan awal, ia dikatakan Apple bakal memperkenalkan tablet mereka berasaskan dengan panel mini LED ini seawal suku pertama 2021 kelak.
Apple dijangka memperkenalkan iPad Pro dengan panel mini LED ini.
Menurut laporan dari Korea Selatan, Apple dijangka mendapatkan bekalan panel mini LED ini daripada pihak LG Display. Selain iPad Pro, pihak Apple diperkatakan akan turut menggunakan teknologi skrin ini pada iPad lain, selain diikuti pada penawaran MacBook dan juga iMac mereka bermula 2021 kelak.
[info]Baca : Apakah Perbezaan Panel OLED, QLED, microLED dan mini-LED?[/info]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.