Carian
Vivo Akan Melancarkan Origin OS Pada 19 November Ini
November 5, 2020 Effi Saharudin

Vivo akan menggantikan pelancar FuntouchOS mereka dengan Origin OS. Setakat ini yang diketahui adalah ia berasaskan Android 11 serta hadir dengan suis khas yang membolehkan ia berubah ke antaramuka Android asli.

Mereka telah mengesahkan Origin OS akan dilancarkan secara rasmi pada 19 November ini ketika acara Vivo Developers’ Conference. Selain antaramuka yang dikemaskini, Vivo juga nampaknya akan menggunakan slogan baru Brave New World.

Vivo melakukan pelbagai perubahan seperti menggunakan pelancar sendiri yang kini lebih menghampiri Android asli sejak setahun lalu. Saudara BBK Electronics mereka, OnePlus pula berubah dengan OxygenOS tidak lagi kelihatan asli tetapi lebih menyerupai One UI.

Komen