Cari @ Amanz

Origin OS Oleh Vivo Dilaporkan Mempunyai Ciri Mengubah Antaramuka Ke Android Asli Dengan Mudah

Link Copied!

Origin OS ialah pelancar terkini dari Vivo yang akan menggantikan Funtouch OS. Tidak banyak maklumat mengenainya diketahui pada waktu ini tetapi hari ini sebuah maklumat telah tertiris yang pasti akan menggembirakan peminat antaramuka Android asli.

Menurut peniris terkemuka Digital Chat Station di Weibo, Origin OS hadir dengan dua butang khas pada talam notifikasi yang boleh ditekan untuk berubah Android asli seperti gambar di atas. Sekiranya benar masalah peranti Vivo yang menggunakan antaramuka yang lebih menyerupai iOS akan dapat diselesaikan dengan mudah terutamanya untuk pasaran luar China. Origin OS adalah berasaskan versi terkini Android 11.

Ini bukan kali pertama sebuah telefon pintar hadir dengan dua pelancar. Beberapa tahun lalu Lenovo Vibe Z2 Pro membenarkan pengguna berubah dari Vibe UI ke Android asli dengan mudah. Kemudian Lenovo telah menghentikan pembangunan Vibe UI dan terus menggunakan pelancar Android asli pada peranti mereka.


Komen ()