Cari @ Amanz

Kamera DLSR mempunyai lensa yang memanjang keluar apabila melakukan zum. Ini sebenarnya bukan teknologi baru yang sudahpun digunakan sejak berkurun lamanya cuma jarang digunakan pada telefon pintar. Semalam Xiaomi menerbitkan video teknologi yang sama pada peranti mereka yang didakwa akan mempertingkatkan kemampuan fotografi.

Lensa kamera akan keluar dari tubuh apabila digunakan. Menerusi lensa ini, jumlah cahaya yang sampai ke sensor dikatakan meningkat sebanyak 300%. Hasilnya ialah gambar yang lebih tajam dengan prestasi mod malam yang lebih baik. Disamping itu imej juga 20% lebih stabil. Teknologi lensa teleskopik ini sedia digunakan pada peranti mereka dalam masa terdekat.

Penggunaa teknologi ini perah dilihat pada Samsung Galaxy S4 Zoom dan Moto Mod Hasselblad untuk peranti Motorola. Perbezaan terletak pada saiz lensa yang lebih kecil digunakan Xiaomi dua peranti ini. Adakah telefon pintar dengan lensa teleskopik akan kembali menjadi trend pada tahun 2021?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd