Carian
Redmi Note 9 Dengan Skrin 120Hz Adaptif Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
November 6, 2020 Fahim Zahar

Redmi dilaporkan akan hadir dengan tiga lagi peranti bawah siri Redmi Note 9 pada tahun ini. Salah satu peranti tersebut dikatakan akan menggunakan kamera 108MP dan diuji oleh DXOMark. Kemudian, turut kelihatan peranti Redmi Note 9 5G dengan cip MediaTek Dimensity 800U dan skrin kadar segar semula. Hari ini, tertiris satu lagi butiran mengenai salah satu peranti ini – ia dikatakan akan menggunakan nama Redmi Note 9 High-end.

Peranti ini turut dikatakan akan menggunakan skrin kadar segar semula 120Hz Adaptif yang boleh berubah-ubah 30Hz sehingga 120Hz. Ini adalah teknologi yang sama diperlihatkan pada Xiaomi Mi 10T, iaitu AdaptiveSync. Skrin peranti ini dikatakan akan dilindungi dengan kaca Gorilla Glass 5, kecerahan maksima 450 nits serta resolusi FHD+.

Bateri pula adalah 4800mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Tidak pasti lagi sama ada adalah ini peranti yang dijana Dimensity 800U, atau peranti dengan kamera 108MP atau variasi yang lain sama sekali. Sa,a-sama kita nantikan.

Komen