Cari @ Amanz

Dengan permulaan pra-tempahan iPhone 12 di Malaysia, pelbagai syarikat telekomunikasi tempatan turut telah memulakan penawaran pakej mereka untuk telefon Apple akan datang berkenaan.

Tidak ketinggalan adalah Celcom yang turut hadir dengan pakej mereka untuk iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max.

Apa yang menariknya, pihak Apple turut menawarkan sebuah ganjaran terhad untuk pra-tempahan melalui mereka, iaitu Pengecas Apple 20W USB-C. Ia ditawarkan secara terhad untuk 1000 pra-tempahan pertama.

Memandangkan iPhone 12 tidak hadir dengan kepala pengecas mereka, maka penawaran dari Celcom ini mungkin menarik perhatian beberapa pihak.

Melalui pakej Celcom, ia menawarkan iPhone 12 pada harga bermula serendah RM99 sebulan dibawah pakej Easyphone. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Celcom untuk iPhone 12, dan pastikan anda baca semua terma penawaran dan harga yang perlu dibayar sebelum melakukan sebarang keputusan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd