Carian
Samsung Kembali Menerajui Pasaran Telefon Pintar Malaysia, Diikuti Oppo Dan Vivo
November 8, 2020 Aman

Canalys merupakan salah satu firma yang melakukan analisa, dan terbaru mereka telah mengeluarkan data berkaitan pengeluar telefon pintar paling popular di Malaysia untuk suku ketiga 2020 yang lepas.

Melalui data terbaru, ia memperlihatkan Samsung kini menerajui pasaran Malaysia pada tangga pertama – merampas kembali takhta selepas jatuh ke tangga ketiga pada suku kedua yang lepas. Samsung dilihat memegang 1/5 pasaran Malaysia pada suku ketiga yang lepas.

Ia diikuti oleh Oppo pada tangga kedua, dan Vivo yang sebelum ini ditangga pertama jatuh ke tangga ketiga.

Xiaomi pula kini menduduki tangga ke-4 dan memperlihatkan peningkatan paling drastik berbanding tahun lepas, iaitu sebanyak 113%. Pada tangga kelima adalah Huawei.

Data ini adalah berdasarkan kepada jangkaan pihak Canalys untuk suku ketiga 2020 yang lepas.

Komen