Cari @ Amanz

Boleh dikatakan, Nokia dilihat masih dikenali ramai ketika ini. Meskipun, ia tidak lagi menjadi pilihan utama kebanyakan pengguna. Dalam perkembangan terkini, Nokia dikatakan dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi model baharu di bawah siri Nokia C. Mungkin dikenali sebagai Nokia C1 Plus, peranti pintar ini bakal menjadi model kesinambungan daripada Nokia C1 yang dilancarkan sebelum ini. Spesifikasi peranti juga dilaporkan telah tertiris ke arena web.

NOKIA C1

Peranti pintar ini dipercayai hadir dengan pemproses lapan teras dengan sokongan 4G. Ia merupakan naik-taraf berbanding generasi sebelum ini yang hanya menyokong rangkaian 3G sahaja. Spesifikasi lain termasuklah sistem operasi berasaskan Android 10 Go Edition, skrin 5.45-inci HD+, memori 1GB RAM, storan dalaman 16GB dan bateri 2,500mAh. Ia juga mempunyai konfigurasi kamera belakang dan hadapan yang sama iaitu sebesar 5-Megapixel.

Dalam pada itu, kedua-duanya juga dikatakan telah ditemui di pensijilan Rusia dengan nombor model TA-1312. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti yang dikongsi. Tetapi, Nokia dikatakan merancang untuk sebuah acara pelancaran dalam masa terdekat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd