Tali Jam OnePlus Watch Cyberpunk Edition Tertiris

Tali Jam OnePlus Watch Cyberpunk Edition Tertiris

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

OnePlus Watch adalah jam tangan pintar yang akan dilancarkan oleh OnePlus tidak lama lagi. OnePlus sudah merancang untuk hadir dengan jam tangan pintar sejak dari zaman OnePlus One lagi. Tetapi ia dibatalkan dan mereka menyatakan dunia belum bersedia dengan produk seperti ini lagi.

Mungkin sedar dengan trend peranti boleh pakai ini mengikat dan permintaan tinggi, mereka mula bersedia. Jam ini akan dihasilkan oleh Oppo kerana syarikat yang mendaftar produk ini adalah anak syarikat milik Oppo. Ia juga akan menggunakan rekaan skrin bulat. Terkini, tali jam bagi produk ini telah tertirtis. Tali jam ini dilihat adalah versi Cyberpunk 2077. Memandangkan OnePlus 8T Cyberpunk 2077 Edition baru sahaja dilancarkan, adakah ini bermakna OnePlus Watch bakal tiba tidak lama lagi?

Pembangunan jam tangan OnePlus ini turut dilaporkan sudah ditunda. Dengan tali jam yang tertiris ini, adakah ini bermakna kelak akan ada berkas OnePlus 8T edisi Cyberpunk 2077? Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular