Denda RM1000 Jika Gagal Mengimbas MySejahtera Ketika Mengisi Minyak Di Stesen Petrol

Denda RM1000 Jika Gagal Mengimbas MySejahtera Ketika Mengisi Minyak Di Stesen Petrol

Diterbitkan pada Nov 9, 2020 oleh .

PKPB berkuatkuasa hampir seluruh negara minggu ini bagi membendung gelombang kedua Covid-19. Bagi memastikan kejayaannya, kerajaan telah mewajibkan imbasan kod QR MySejahtera pada kesemua premis perniagaan seluruh niaga bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat.

Setel Petronas

Tetapi menurut laporan China Press, imbasan kod QR MySejahtera turut diwajibkan kepada pengguna yang mengisi minyak di stesen petrol. Menurut Timbalan Pengarah JSJ, DCP Mior Faridalathrash Wahid kegagalan mengimbas ketika mengisi minyak boleh mengakibatkan ada didenda RM1000. Beliau menjawab pertanyaan wartawan mengenai klip tular seorang lelaki disaman ketika mengisi minyak.

Ini adalah kerana stesen minyak ialah premis yang dilawati ramai serta mengimbas kod QR adalah mandatori pada waktu ini. Oleh itu walaupun anda sekadar mengisi minyak di pam tanpa memasuki ruang kedai, anda masih perlu mematuhi SOP yang telahpun ditetapkan kerajaan.



Paling Popular