Cari @ Amanz

Bagi mereka yang masih mempunyai hajat untuk memiliki peranti skrin boleh-lipat Motorola Razr 5G, berita baik bagi anda kerana pelancarannya mungkin semakin hampir. Menurut laporan laman Netxrift pagi ini, peranti ini telahpun melepasi laman SIRIM pada 8 November lalu.

Motorola Razr 5g dilengkapi Skrin luar 2.7″ gOLED dengan resolusi 600×800 pixel, skrin utama boleh-lipat 6.2″ pOLED 21:9 CinemaVision dengan resolusi 876×2142 pixel, dijana cip Snapdragon 765G, memori sebesar 8GB RAM, storan 256GB dan bateri sebesar 2800 mAh dengan pengecasan 15W.

Kamera utama sebesar 48 megapixel pada bahagian luar dan kamera swafoto pula sebesar 20 megapixel yang diletakkan pada takuk di atas skrin dalaman. Seperti peranti terdahulu, rekaan ikonik Razer berdagu dikekalkan tetapi tiada lagi pengimbas cap jari fizikal. Pengimbas cap jari kini diubah ke belakang pada logo sayap kelawar Motorola.

Mekanisme lipatan menurut Motorola telah dikemaskini supaya boleh bertahan dilipat dan dibuka sebanyak 200,00 kali atau bersamaan dengan penggunaan selama lima tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd