Honor hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru dengan spesifikasi pertengahan, iaitu Honor 10X Lite.
Honor 10X Lite hadir dengan skrin 6.67-inci, dijana cip Kirin 710A, memori sehingga 4GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Peranti ini turut menyertakan bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan empat-kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 8-megapixel dihadapan.
Honor menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti untuk sekuriti, selain turut dilengkapi antaramuka Magic UI 3.1 berasaskan HMS Core.
Buat masa ini, harga jualannya di Malaysia masih tidak diketahui lagi. Untuk makluman, peranti dengan penawaran dan rekaan lebih kurang sama ditawarkan di Malaysia dibawah nama Huawei Y7a pada harga RM799.