macOS Big Sur Boleh Dimuat-Turun Bermula 13 November

macOS Big Sur Boleh Dimuat-Turun Bermula 13 November

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Apple hari ini telah memperkenalkan komputer berasaskan cip Apple Silicon mereka tersendiri, dan selari dengannya, turut telah mengumumkan penawaran sistem operasi generasi terbaru mereka, macOS Big Sur.

Big Sur MacOS Safari

macOS Big Sur membawakan kemaskini dari segi visual, termasuk pada paparan aplikasi, menawarkan Safari yang lebih ditambah-baik dari segi penggunaan bateri mahupun privasi.

Disamping itu, kini anda turut boleh menjana Memoji dari Mac anda, dan berkongsi terus melalui Messages. Sejumlah aplikasi Apple turut menerima penambah-baikkan, seperti Apple Maps, dan Apple Music.

Apple turut mengatakan kemaskini aplikasi selepas pemasangan Big Sur akan lebih pantas berbanding sebelum ini.

macOS Big Sur ini akan ditawarkan untuk pengguna tempatan bermula 13 November 2020 ini. Ia akan disokong pada iMac 2014 dan terkini, iMac Pro 2017 dan terkini, Mac Pro 2013 dan terkini, Mac Mini 2014 dan terkini, MacBook Air 2013 dan terkini, MacBook Pro 2013 dan terkini, dan juga MacBook 2015 dan terkini.



Paling Popular