Cari @ Amanz

Boleh dikatakan, siri Samsung Galaxy A antara model yang raih perhatian ramai. Bukan sahaja hadir dengan harga yang berpatutan, bahkan spesifikasi yang ditawarkan turut menarik. Dalam perkembangan terkini, sebuah peranti terkini Samsung dengan nombor model SM-A526B didapati tersenarai di laman Geekbench, baru-baru ini.

Melaluinya, kita boleh lihat sedikit sebanyak maklumat mengenai peranti – seperti menggunakan cip lapas teras, memori 6GB RAM dan sistem operasi Android 11. Maklumat khusus berkaitan cip pemproses tidak diketahui buat masa ni. Namun, sumber mengatakan ia mungkin dijana cip Snapdragon 750G. Markah penanda aras pula memperlihatkan ia mencatatkan skor sebanyak 298 mata untuk ujian teras tunggal, sementara 1,001 mata pula untuk ujian pelbagai teras.

Peranti pintar ini dikatakan mungkin dilancarkan sebagai Samsung Galaxy A52 kelak. Namun begitu, ia masih di peringkat spekulasi semata-mata. Imbas kembali, Samsung Galaxy A52 juga sebelum ini pernah tertiris – di mana ianya dikatakan hadir dengan sistem kuad-kamera yang dilengkapi lensa utama 64-Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd