Astro Go Kini Menyokong Ciri Muat Turun Untuk Tontonan Luar Talian

Astro Go Kini Menyokong Ciri Muat Turun Untuk Tontonan Luar Talian

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .

Astro Go bermula sebagai Astro On-The-Go pada tahun 2013 bagi membolehkan pelanggan menstrim kandungan Astro pada pelayar web, peranti Android dan iOS. Hari ini Astro Go telah dikemaskini dengan ciri yang telah lama diminta pengguna ialah muat turun kandungan yang ingin ditonton. Sebelum ini kandungan hanya boleh distrim sahaja.

Menurut Astro, sebanyak 85% kandungan yang ditawarkan dalam aplikasi kini boleh dimuat turun untuk tontonan di luar talian. Antara kandungan menarik ialah Sweet DreamsThe Masked Singer, Suspicious Partner, Running Man, Ejen Ali, The Arrow dan The Amazing Race S32. Cari kandungan yang ingin ditonton dan tekan butang Download. Ia kemudian boleh ditonton menerusi tab My Library.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi mereka hari ini untuk menikmati ciri terkini. Pada waktu ini aplikasi Astro Go boleh dimuat turun menerusi Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.



Paling Popular