Cari @ Amanz

Penantian untuk konsol generasi terkini Sony PlayStation 5 akan berakhir sebulan dari sekarang. Sony Malaysia akhirnya mengesahkan konsol PlayStation 5 akan dilancarkan di Malaysia pada 11 Disember 2020. Pra-tempahan dibuka dengan PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.

Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149). Pratempahan akan dibuka bermula esok 12 November 2020 di beberapa Sony Store dan penjual terpilih, Untuk senarai lengkap lokasi pratempahan anda boleh pergi ke pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd