MediaTek MT8192 Dan MT8195 Turut Diperkenalkan – Cip Pemproses Khusus Untuk Peranti Chromebook

MediaTek MT8192 Dan MT8195 Turut Diperkenalkan – Cip Pemproses Khusus Untuk Peranti Chromebook

Diterbitkan pada Nov 11, 2020 oleh .


Seiring pengenalan MediaTek Dimensity 700, pengeluar ini turut memperkenalkan dua cip pemproses untuk peranti Chromebook akan datang – iaitu MediaTek MT8192 dan MT8195. MediaTek MT8192 dihasilkan menggunakan teknologi 7nm, manakala MediaTek MT8195 pula hadir dengan rekaan binaan berasaskan 6nm.

Untuk spesifikasi, MediaTek MT8192 hadir dengan gabungan empat teras CPU Cortex A76 pada kelajuan 2.2GHz dan empat teras CPU Cortex-A55 pada kelajuan 2.0GHz. GPU yang digunakan pula adalah Mali-G57 MC5 dengan prestasi lebih baik dalam menyampaikan visual lebih hebat. Selain, menyokong memori yang terhad pada LPDDR4x dan storan berasaskan eMMC 5.1 dan UFS 2.2. Seterusnya, ia turut dilengkapi cip kecerdasan buatan APU 2.0 yang mempunyai kemampuan 2.4 TOPS.

Spesifikasi lain termasuklah kebolehan menyokong paparan pada resolusi tinggi WQHD dengan kadar segar semula standard 60Hz, atau paparan FHD+ dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Seterusnya, sokongan sistem kamera sehingga 32-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera terhad pada 16-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video HDR 4K (3840 x 2160).

MediaTek MT8195 pula hadir dengan gabungan empat teras Arm Cortex-A78 dan empat teras Arm Cortex-A55. Selain itu, ia turut mengintegrasikan cip APU MediaTek 3.0 untuk kecerdasan buatan yang mempunyai kemampuan sehingga 4 TOPS. Seterusnya, ia menggunakan GPU Mali G57 lima teras, selain menyokong memori yang terhad pada LPDDR4X (2133MHz). Seperti cip MT8192, ia juga mempunyai kebolehan menyokong sistem kamera sehingga 32-Megapixel untuk satu modul atau persediaan dwi-kamera pada 16-Megapixel + 16-Megapixel dengan rakaman video HDR 4K (3840 x 2160) untuk kualiti video yang baik.

Difahamkan, peranti Chromebook yang dikuasakan oleh cip MT8192 bakal tiba di pasaran pada suku kedua tahun 2021. Sementara, pengenalan untuk peranti Chromebook dengan cip MT8195 pula masih belum diketahui.



Paling Popular