OnePlus Nord N10 5G Dan N100 Hanya Akan Menerima Satu Kemas Kini Sistem Operasi

OnePlus Nord N10 5G Dan N100 Hanya Akan Menerima Satu Kemas Kini Sistem Operasi

Diterbitkan pada Nov 12, 2020 oleh .

OnePlus Nord N10 5G dan Nord N100 adalah dua lagi peranti yang dilancarkan oleh mereka tahun ini dengan spesifikasi kelas pertengahan rendah serta permulaan. Ini ialah strategi yang tidak pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini. Semalam menerusi laman Android Central, OnePlus mengesahkan kedua-dua peranti akan hanya menerima satu sahaja kemas kini sistem operasi.

Kerana kedua-duanya dilancarkan dengan Android 10, Nord 10 5G dan Nord 100 akan hanya menerima kemas kini ke Android 11. Kemudian Onelus hanya akan memberikan kemas kini keselamatan sahaja selama dua tahun. Tindakan ini pastinya mengecewakan kerana OnePlus selama ini mempunyai reputasi sebagai syarikat yang memberikan kemas kini dengan pantas dan sokongan sistem operasi selama beberapa tahun.



Paling Popular