Cari @ Amanz

Google Photos ialah perkhidmatan storan gambar secara awanan yang menjadi pilihan ramai kerana ia terbina pada hampir kesemua peranti Android dan menawarkan storan percuma yang tidak memakan kuota 15GB sekiranya gambar tidak dimuat naik pada kualiti asal. Tetapi era penawaran percuma ini akan ditamatkan bermula 1 Jun 2021.

Selepas tarikh tersebut, kesemua gambar dan video yang dimuat naik akan dikira dalam kuota storan data 15GB yang diberikan percuma oleh Google kepada semua pengguna. Pengguna perlu membeli storan tambahan menerusi Google One sekiranya ingin menyimpan lebih banyak gambar serta video selepas habis menggunakan kuota 15GB ini.

Kepada pengguna Google Pixel 1-5, anda masih boleh memuat naik gambar pada resolusi tinggi (High) secara percuma selepas 1 Jun 2021. Tetapi storan gambar pada resolusi asal (Original) akan memakan saiz storan ini.

Dengan kata lain tidak perlu risau dengan saiz storan gambar dan video mereka sekarang kerana ia tidak akan dikira. Hanya gambar dan video baru yang dimuat naik selepas 1 Jun 2021 akan mula mengambil ruang storan 15GB yang diberikan selama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd