Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti misteri Oppo dengan nombor model OPPO PDSM00 tersenarai di laman Geekbench. Seperti biasa, penyenaraian pastinya akan mendedahkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan spesifikasi dalaman, beserta kutipan markah penanda aras.

Melaluinya, peranti ini dilihat mencatatkan 2,392 mata untuk ujian satu teras dan 5,836 mata pula untuk ujian pelbagai teras. Meskipun, pemprosesny tidak dinyatakan secara khusus. Namun, kod nama MT6889Z/CZA dikatakan berkait rapat dengan pemproses MediaTek Dimensity 1000+. Ia juga dilihat akan hadir dengan memori 8GB RAM, selain menggunakan sistem operasi Android 11.

Peranti ini nampaknya masih kekal rahsia kerana info lanjut termasuk berkaitan nama model juga masih tidak diketahui. Namun, terdapat spekulasi mendakwa ia berkemungkinan diperkenalkan awal tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd