Oppo Bakal Memperlihatkan Kaca Mata AR Pada Minggu Hadapan

Oppo Bakal Memperlihatkan Kaca Mata AR Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Nov 13, 2020 oleh .

Oppo sedia menjadualkan acara Oppo Inno Day pada 17 November 2020 kelak, dimana syarikat pengeluar peranti popular berkenaan dijangka memperkenalkan sejumlah inovasi mereka kepada umum.

Menariknya, melalui sebuah gambar acah, Oppo memperlihatkan mereka akan mempertontonkan kaca mata AR mereka pada acara berkenaan.

Versi terbaru ini dijangka merupakan naik-taraf kepada versi yang dipertontonkan pada tahun lepas, dengan rekaan yang lebih mesra pengguna.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui. Sama-sama kita nantikan pada minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan daripada pihak Oppo.



Paling Popular