Samsung Galaxy A12 Mungkin Menggunakan Cip MediaTek Helio P35

Samsung Galaxy A12 Mungkin Menggunakan Cip MediaTek Helio P35

Diterbitkan pada Nov 16, 2020 oleh .

Sebelum ini muncul desas-desus mengatakan Samsung mungkin hadir dengan Galaxy A12. Dalam perkembangan terkini, peranti ini dikatakan telah tersenarai di laman Geekbench hanya selepas beberapa hari melepasi pensijilan NFC. Melaluinya, ia mendedahkan sejumlah spesifikasi pada peranti – termasuklah pilihan RAM 3GB dan sistem operasi Android 10.

Melaluinya juga, ia dipercayai menggunakan pemproses daripada MediaTek. Meskipun, ia tidak dinyatakan secara rasmi namun kod MT6765 dikatakan berkait rapat dengan pemproses MediaTek Helio P35 dengan kelajuan 2.3GHz. Penyenaraian turut memperlihatkan markah penanda aras pada peranti – ia dilihat mencatatkan 169 mata untuk ujian satu teras dan 1,001 mata untuk ujian pelbagai teras.

Tidak banyak yang diketahui mengenai peranti ini. Namun begitu, ia dipercayai hadir dengan paparan jenis LCD, selain disertakan dua pilihan storan dalaman iaitu 32GB dan 64GB. Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah peranti pintar ini akan dilancarkan secara rasmi.



Paling Popular