Gambaran Kasar Rekaan Samsung Galaxy M12 Diperlihatkan

Gambaran Kasar Rekaan Samsung Galaxy M12 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Kalau anda masih ingat, beberapa hari yang lepas peranti ini dipercayai tertiris dalam imej sebenar – memperlihatkan penutup untuk panel belakang peranti. Terkini, imej pengolokan hadapan dan belakang peranti pula mula tertiris ke arena web menerusi entri @Onleaks.

Peranti pintar ini dijangka diperkenalkan pada awal tahun 2021 sebagai Samsung Galaxy M12. Namun begitu, penjenamaan peranti mungkin berbeza mengikut pasaran. Panel hadapan dilengkapi rekaan bertakuk kecil dengan paparan jenis rata – skrinnya dikatakan berukuran 6.5-inci. Sementara, panel belakang pula menggunakan modul kamera berbentuk segi empat dengan susunan 2X2 bersama kuad-kamera utama.

Samsung juga dipercayai menggunakan panel belakang berasaskan plastik dengan rekaan unibody lebih kemas pada peranti ini. Selain itu, panel ini juga dikatakan mempunyai rekaan dwi-tekstur yang unik – kelihatan coraknya seakan membahagikan panel belakang kepada dua bahagian dengan tampilan yang berbeza. Peranti ini juga dipercayai hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada sisi. Buat masa ini, ini sahaja maklumat yang diketahui berkaitan peranti.



Paling Popular