Jabra Elite 85t Memasuki Pasaran Tempatan – Menyokong ANC Dan Dijual Pada Harga RM1049

Jabra Elite 85t Memasuki Pasaran Tempatan – Menyokong ANC Dan Dijual Pada Harga RM1049

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Jabra adalah jenama barangan audio yang popular dan agak hebat. Mereka sudah ada pengalaman lebih seratus tahun. Bulan September lepas, Jabra Elite 85t telah dilancarkan sebagai pengganti kepada siri Elite 75t. Kali ini, Jabra membawakan fungsi yang ramai inginkan dan selari dengan trend pasaran TWS – iaitu pembatalan hingar aktif atau lebih dikenali sebagai ANC.

Jabra Elite 85t ini menggunakan rekaan separa terbuka dengan silikon EarGel. TWS ini dijana dengan cip Qualcomm untuk Jabra Advanced ANC sebagai sistem pembatalan hingar aktif mereka. Seperti kebanyakan TWS lain, ia turut menyokong HearThrough. Mikrofon yang digunakan adalah enam, dua di luar dan satu di dalam untuk setiap fon telinga. Pemacu audio yang digunakan pula adalah 12mm yang memfokuskan bass yang lebih baik.

Jabra mendakwa yang Elite 85t ini adalah lebih selesa digunakan dan pengguna tidak akan ada lagi masalah tidak selesa atau telinga yang rasa sedikit sakit. Bateri dengan mod ANC dikatakan bertahan selama 25 jam sekali dengan pod pengecasan dan 5.5 jam untuk penggunana berterusan. Tidak seperti 75t yang pod pengecasan yang menyokong penegcasan nirwayar perlu dibeli berasingan, 85t disertakan sekali. Akhirnya selepas dua bulan dilancarkan, ia akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Harga jualan adalah RM1049 sahaja, iaitu sama dengan Jabra Elite 75t ketika awal dijual di Malaysia. Bagi yang berminat, TWS ini akan dijual bermula 4 Disember ini di Shopee, Lazada atau pengedar rasmi mereka dengan jaminan dua tahun seperti biasa. Untuk Disember ini, hanya warna Titanium Black sahaja ditawarkan. Manakala warna Gold Biege dan Grey hanya akan ditawarkan pada suku pertama 2021 kelak.

Jabra turut menawarkan Jabra Elite Active 45e secara percuma yang berharga RM379 dalam setiap pembelian 85t.



Paling Popular