Jabra Elite 85t Tidak Akan Hadir Dengan Versi “Active”

Jabra Elite 85t Tidak Akan Hadir Dengan Versi “Active”

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Jabra kebiasaannya setiap kali melancarkan aksesori audio siri Elite mereka, seperti 65t atau 75t pasti akan ada versi Active dilancarkan selepas beberapa bulan versi biasa dilancarkan. Versi Active biasanya menawarkan sokongan perlindungan IP yang lebih baik.

Hari ini, Jabra telah mengesahkan yang Jabra Elite 85t tidak akan hadir dengan versi Active. Menurut Jabra, Elite 85t sudah premium dengan sokongan pembatalan hingar aktif dan juga perlindungan IPX4 untuk ketahanan dari peluh. Menurut mereka, tidak perlu lagi melancarkan dua produk berbeza dengan fungsi dan ciri lebih kurang sama jika versi biasa sudah cukup hebat dan lebih baik.

Jabra Elite 85t sudah pun rasmi di Malaysia. Ia akan dijual pada 4 Disember ini pada harga RM1049. Jika anda adalah pengguna Jabra Elite sedia ada dan inginkan fungsi pembatalan hingar aktif yang boleh dikawal, Elite 85t adalah pilihan yang bagus.



Paling Popular