Oppo AR Glass 2021 Diperlihatkan – Lebih Ringan Dan Berkuasa

Oppo AR Glass 2021 Diperlihatkan – Lebih Ringan Dan Berkuasa

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Di acara Oppo Inno Day yang sedang berlangsung sekarang, Oppo AR Glass 2021 telah diperlihatkan secara rasmi. Rekaan tahun ini jauh lebih kompak dan kecil berbanding Oppo AR Glass sebelum ini pengurangan berat sehingga 75%.

Menurut Oppo, AR Glass 2021 adalah 40% lebih berkuasa dari segi kemampuan CPU dan GPU. Namun begitu cip yang digunakan tidak pula diumumkan. Apabila dipakai, ia mampu memberikan paparan maya sebesar 90″ dari jarak 3 meter. Ia boleh digunakan tanpa alat kawalan jauh kerana mampu mengesan pergerakan pada 21 di setiap telapak tangan.

Setakat ini mereka telah melakukan kerjasama dengan beberapa syarikat untuk menggunakan teknologi AR Glass 2021. Antara yang menarik ialah iQiyi XR yang membolehkan perkhidmatan penstriman ditonton dan permainan MOBA yang muncul di dalam dunia realiti terimbuh sepenuhnya. Tiada maklumat mengenai harga atau bilakah kaca mata realiti terimbuh ini akan dilancarkan.



Paling Popular