Realme C15 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 November – Bateri 6000mAh

Realme C15 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 24 November – Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Nov 17, 2020 oleh .

Lanjutan daripada perkongsian gambar acah semalam, hari ini pihak Realme mengumumkan secara rasmi yang mana mereka bakal melancarkan Realme C15 untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan, 24 November 2020.

Realme C15 hadir dalam dua variasi, dan tidak diketahui lagi sama ada pasaran Malaysia akan menerima model variasi MediaTek atau Qualcomm.

Menjadi fokus utama pada peranti ini adalah bateri berkapasiti besar, iaitu 6000mAh, dan menyokong pengecasan 18W.

Samma-sama kita nantikan tarikh 24 November ini, untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran versi peranti untuk Malaysia, dan harga jualannya.



Paling Popular