Markah Penanda Aras Untuk OnePlus 9 Dikatakan Tertiris

Markah Penanda Aras Untuk OnePlus 9 Dikatakan Tertiris

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Jika sebelum ini OnePlus 9 Pro, kini giliran markah penanda aras untuk OnePlus 9 pula dikatakan tertiris. Peranti pintar ini muncul dengan nombor model LuBan LE2113 dan ia dikatakan telah tersenarai menerusi laman Geekbench.

Melaluinya, ia memperlihatkan sejumlah pada spesifikasi pada peranti – termasuklah sokongan memori 8GB RAM dan menjalankan sistem operasi Android 11. Meskipun, maklumat mengenai pemproses tidak didedahkan secara khusus. Namun, kod nama ‘Lahaina’ yang terdapat pada senarai dikatakan berkait rapat dengan pemproses Snapdragon 875.

Dalam masa sama, penyenaraian ini turut memperlihatkan markah penanda aras untuk peranti. Di mana, ia berjaya merangkul sebanyak 1115 mata untuk ujian satu teras. Manakala, 3,483 mata pula untuk ujian pelbagai teras. Seperti biasa, maklumat dikongsi masih diperingkat ura-ura, sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya kelak.



Paling Popular