Juruterbang Sut Terbang Jetman Meninggal Dunia Ketika Sesi Latihan

Juruterbang Sut Terbang Jetman Meninggal Dunia Ketika Sesi Latihan

Diterbitkan pada Nov 18, 2020 oleh .

Jetman ialah sut terbang yang dibangunkan oleh Yves Rossy yang membolehkan pemakai terbang seperti seorang adiwira komik. Berbeza dengan sut terbang lain, Jetman boleh terbang secara menegak dari muka bumi sebelum terbang seperti pesawat biasa secara mendatar. Vince Reffet (36), salah seorang juruterbang Jetman telahpun dilaporkan meninggal dunia semalam.

Menurut laman rasmi Jetman, mendiang meninggal dunia ketika sedang melakukan latihan di Dubai. Tiada maklumat mengenai bagaimana insiden ini berlaku. Sistem Jetman sebenarnya mempunyai payung terjun kecemasan sekiranya berlaku sebarang masalah.

Setiap Jetman dilengkapi empat enjin jet yang membolehkan pemakai terbang pada kelajuan 400 kilometer sejam. Sejak diperkenalkan pada tahun 2006, tiada kemalangan serius dilaporkan sehinggalah kematian Vince Reffet ini.



Paling Popular