OnePlus Game Space 2.5.0 Dikemaskini Dengan Antaramuka Seakan One UI

OnePlus Game Space 2.5.0 Dikemaskini Dengan Antaramuka Seakan One UI

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

OnePlus baru-baru ini telah melancarkan Oxygen OS 11 untuk beberapa peranti mereka. Ia adalah sistem operasi terbaru mereka yang dibina berasaskan Android 11. Ia turut menerima kecaman, kerana menggunakan antaramuka yang mirip dengan One UI dari Samsung. Nilai Android asli itu sudah tidak kelihatan, ibarat OnePlus telah hilang dengan identiti mereka.

Terkini, aplikasi pengurusan permua mereka atau hab permua – Game Space telah dikemaskini ke versi 2.5.0. Versi ini membawakan antaramuka baharu yang selari dengan Oxygen OS 11. Tetapi, ia terlampau mirip dengan One UI dari Samsung. Antaranya adalah jarak “tajuk” dengan kandungan yang luas, saiz font “tajuk” yang besar serta penggunaan tab dengan indikasi bergaris.

Tiada kemaskini penting yang lain selain daripada perubahan antaramuka ini. Aplikasi ini dikemaskini melalui Google Play Store, bagi pengguna OnePlus anda boleh pergi ke Play Store jika inginkan pengalaman penggunaan aplikasi seakan peranti Samsung.



Paling Popular