Cari @ Amanz

Berikutan kepada keputusan kerajaan Malaysia untuk menutup sokongan rangkaian 3G sepenuhnya pada penghujung 2021, pihak SIRIM hari ini mengeluarkan kenyataan mengenai peranti-peranti tertentu yang akan berkuatkuasa tidak lama lagi.

Menurut SIRIM, mereka tidak lagi akan mengeluarkan sijil perakuan kelulusan (CoA) dan sijil perakuan pematuhan (CoC) kepada peranti-peranti pintar 3G dan juga 4G yang tidak boleh melakukan panggilan menggunakan teknologi Voice over LTE (VoLTE) bermula 1 Januari 2021.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, ia adalah sebahagian daripada pelan kerajaan untuk menutup sokongan untuk rangkaian 3G, bukan sahaja untuk bersiap-sedia untuk menambahkan jumlah frekuensi buat rangkaian 5G, tetapi juga untuk menaiktarafkan infrastruktur 2G dan 3G sedia ada kepada rangkaian 4G.

Dibawah program JENDELA, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ingin memperlihatkan peningkatan liputan rangkaian 4G ke kadar 96.9 peratus di seluruh negara menjelang penghujung tahun 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd