Ini Adalah Senarai Peranti Vivo Yang Menyokong Origin OS

Ini Adalah Senarai Peranti Vivo Yang Menyokong Origin OS

Diterbitkan pada Nov 19, 2020 oleh .

Origin OS adalah sistem operasi serba baharu dari Vivo sebagai pengganti kepada Funtouch OS. Funtouch OS yang lama kini berubah menjadi mirip Android asli dan adalah pilihan alternatif, jika pengguna tidak berminat dengan rekaan baharu Origin OS. Dalam perkongsian oleh akaun rasmi Weibo Origin OS, sistem operasi baharu ini akan memfokuskan kepada sekuriti.

Seperti iOS 14, selain daripada sekuriti – Origin OS turut memfokuskan kepada penggunaan widget. Hari ini, Origin OS telah berkongsi senarai peranti Vivo yang akan menyokong kemaskini Origin OS. Sebagai peringatan, ini adalah senarai untuk pengguna di China terlebih dahulu. Pengguna global mungkin berbeza.

  1. Semua peranti Vivo yang baru akan terus menjalankan Origin OS. Ini mungkin akan bermula dengan Vivo X60.
  2. 31 Januari 2021 akan diedarkan kepada pengguna NEX 3S, siri X50, S7, siri iQOO 5, iQOO 3, iQOO Pro, iQOO, iQOO Neo3.
  3. Antara bulan Mac – Jun 2021 peranti NEX 3/3 5G, siri X30, iQOO Neo, iQOO Neo855.
  4. Suku kedua 2021 pula akan diberikan kepada peranti siri X27, siri S1, S5, S6, Z6, Z5, Z5x, Z5i, iQOO Z1x, iQOO Z1, Nex Dual Screen, Nex S dan Nex generasi awal.

Perbezaan antara versi China dan global juga masih tidak diketahui lagi. Melihat pada demo versi China, inetgrasi dengan banyak aplikasi serta perkhidmatan dari China dilihat menarik dan hebat. versi global pasti akan ada kekurangan nanti. Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular