Cari @ Amanz

Selain penawaran diskaun untuk model Xperia 10 II, kini Sony turut telah memulakan pra-tempahan untuk Sony Xperia 5 II. Telefon ini memfokuskan kepada spesifikasi mercu, dan ditawarkan pada harga RM4099 seunit.

Xperia 5 II hadir dengan skrin 6.1-inci OLED FHD+ pada nisbah 21:9, menawarkan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Melengkapkan ia juga adalah bateri 4000mAh. Untuk rakaman gambar, telefon ini hadir dengan gabungan 12MP + 12MP + 12MP, selain kamera swafoto 8-megapixel.

Sony memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar ini bermula hari ini sehingga 10 Januari 2020 kelak. Mereka turut mengatakan yang mana pengguna akan menerima peranti ini bermula Januari 2021 kelak.

Bagi anda yang melakukan pra-tempahan, anda akan turut menerima hadiah percuma WF-XB700 Truly Wireless Headphones EXTRA BASS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd