Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

Diterbitkan pada Nov 21, 2020 oleh .

Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menjadi negeri pertama dengan sokongan penuh internet gigabit. Terbaru, berkongsi lanjut mengenainya, dan kerajaan negeri mengatakan mereka menyasarkan Pulau Pinang menjadi “Bandar Gigabit” menjelang tahun 2022 kelak.

Untuk menjayakannya, Pulau Pinang ingin memastikan rangkaian 5G meliputi semua bahagian sektor industri pada 2022 kelak.

Perkongsian terbaru ini selari dengan perancangan kerajaan untuk menawarkan rangkaian 5G pada penghujung 2022 kelak. Sebelum ini, ia telah dikongsikan yang mana rangkaian 5G ini akan lebih membantu dalam mendigitalkan sektor industri – dengan 5G dijangka digunakan 70% oleh industri, dan 30% untuk pengguna.

Mengikut perancangan awal sendiri, ia telah diperkatakan yang mana rangkaian 5G akan ditawarkan untuk penggunaan industri terlebih dahulu sebelum ditawarkan untuk pengguna awam.



Paling Popular