Cari @ Amanz

Qualcomm dijangka memperkenalkan cip Snapdragon 875 pada bulan Disember ini, dan bersama-sama dengannya, selain binaan berasaskan 5nm, ia turut dijangka menyertakan sokongan pengecasan pantas 100W melalui Quick Charge 5.

Terbaru, melalui desas-desus baru, ia turut diperkatakan sekitar lima telefon pintar baharu dijangka hadir pada suku pertama 2021 kelak yang akan hadir dengan kombinasi penawaran spesifikasi tinggi dan sokongan pengecasan pantas 100W.

Pada hari ini, terdapat beberapa pengeluar yang memfokuskan kepada penawaran pengecasan pantas – terutamanya dari China. Antaranya adalah Huawei, dan juga Oppo. Dengan penawaran teknologi Qualcomm sendiri, ia akan menawarkan lebih peluang kepada pengeluar lain untuk turut menawarkan sokongan sama.

Qualcomm dijangka memperkenalkan cip terbaharu mereka ini pada 1 Disember kelak, dimana kita akan mengetahui lanjut mengenai spesifikasi, selain pengeluar terawal yang akan menggunakannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd