Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, pengacara dan usahawan terkenal Neelofa kini dalam perancangan untuk memperkenalkan aplikasi tersendiri dinamakan The Noor App.

Aplikasi ini memfokuskan kepada plikasi gaya hidup Muslim yang merangkumi semua aspek kerohanian yang memudahkan amalan kehidupan seharian. Ia termasuk untuk pembayaran zakat, informasi waktu solat, petunjuk arah kiblat, himpunan ayat al-Quran beserta terjemahan dan sebagainya.

Rentetan daripada itu, ramai pihak telah meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan pelancaran rasmi aplikasi ini yang dijangka akan diperkenalkan sekitar Januari 2021 kelak. Lebih menariknya lagi, aplikasi ini dikatakan boleh digunakan di seluruh dunia. Selain, juga akan tersedia untuk peranti Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd