Cari @ Amanz

Pernah suatu ketika jika anda inginkan sebuah peranti mercu Android bersaiz kecil, Sony Xperia Compact ialah pilihan paling bijak. Namun begitu siri Xperia Compact tidak lagi dikeluarkan sejak XZ2 Compact dua tahun lalu. Tetapi kini terdapat ura-ura Sony akan menghidupkan semula siri ini pada tahun 2021.

Peranti akan dilengkapi skrin 5.5″ dan menggunakan cip Snapdraghon 775G. Ini bermakna ia lebih besar berbanding model Compact terdahulu yang dilengkapi skrin 5″ dan tidak lagi menggunakan cip kelas mercu. Ia walau bagaimanapun akan menyokong rangkaian 5G sesuai dengan pasaran semasa.

Kepopularan iPhone SE 2020 dan 12 Mini membuktikan masih terdapat permintaan untuk telefon pintar bersaiz kecil serta mudah digunakan sebelah tangan. Bagaimana pula dengan anda? Adakah masih mempunyai minat untuk memiliki peranti bersaiz kecil?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd