Poco M3 Diperlihatkan Dalam Video Acah Terkini, Sokong Bateri 6000mAh

Poco M3 Diperlihatkan Dalam Video Acah Terkini, Sokong Bateri 6000mAh

Diterbitkan pada Nov 23, 2020 oleh .

Kehangatan pelancaran Poco M3 semakin dirasai. Saban hari, semakin banyak maklumat berkaitan peranti pintar ini dikongsi di arena web. Bahkan, pihak Poco Malaysia sendiri dilihat begitu aktif berkongsi beberapa poster acah yang mengesahkan sejumlah spesifikasi pada peranti pintar.

Poco M3 bakal hadir dengan skrin bersaiz 6.53-inci bersama paparan jenis bertakuk kecil. Seterusnya, ia juga akan dikuasakan pemproses Snapdragon 662 dan bateri berkapasiti 6,000mAh. Dalam pada itu, peranti ini turut telah diperlihatkan dalam satu video acah ringkas – sekaligus mengiyakan rekaan tertiris sebelum ini. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran peranti, nantikan pelancaran rasmi kelak.



Paling Popular