Lenovo Yoga Slim 7i Carbon Kini Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga Permulaan RM4629

Lenovo Yoga Slim 7i Carbon Kini Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Harga Permulaan RM4629

Diterbitkan pada Nov 23, 2020 oleh .

Pada bulan lalu, kami ada melaporkan bahawa salah satu komputer terbaru keluaran Lenovo, iaitu Lenovo Yoga Slim 7i Carbon akan memasuki pasaran tempatan pada harga RM4399.

Model komputer riba tersebut kini akhirnya tiba di pasaran tempatan, tetapi pada tanda harga yang lebih tinggi daripada apa yang diberitahu kepada kami sebelum ini.

Lenovo Yoga Slim 7i Carbon hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-1135G7 ataupun Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB dan juga paparan 13.3 inci dengan resolusi 2560×1600. Dari segi grafik, komputer riba ini hadir dengan cip grafik Intel Iris Xe yang terbina dengan CPU.

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan bateri 50Wh yang menjanjikan jangka-hayat selama 15 jam dengan satu pengecasan penuh.

Menurut laman web Lenovo Malaysia, model Lenovo Yoga Slim 7i Carbon yang dikuasakan Intel Core i5 boleh dibeli pada harga RM4629, manakala model yang dikuasakan Intel Core i7 pula dijual pada harga RM5159.


Paling Popular