Cari @ Amanz

G Suite adalah perkhidmatan Google untuk perusahaan. Baru-baru ini, ia telah dijenamakan semula Google Workspace. Bukan itu sahaja, selepas penjenamaan semula ini dilakukan, ikon-ikon aplikasi Google turut dikemaskini dengan ikon-ikon baharu.

Terkini, Google dilihat akan mengubah nama bagi aplikasi membuat panggilan telefon Google Phone kepada Google Call. Ikon ganggang telefon pada Google Call juga dilihat selari dengan ikon-ikon baharu aplikasi/perkhidmatan Google. Google Phone adalah aplikasi panggilan telefon yang sedia terbina dalam peranti Pixel atau turut boleh digunakan oleh kebanyakan peranti Android 10 ke atas.

Aplikasi ini hadir dengan banyak ciri dan fungsi sambil mengekalkan penggunaan yang ringkas dan mudah. Seperti Truecaller, Google Phone turut boleh menapis panggilan SPAM, penipu atau mengenalpasti nombor yang tidak dikenali berasaskan lokasi. Dengan integrasi Google Assistant untuk pengguna di negara terpilih, Google Phone adalah jauh lebih pintar dan turut sentiasa berhubung dengan Internet untuk berfungsi dengan baik.

Dengan perubahan dari Hangout Meet ke Google Meet, G Suite kepada Google Workspace, penggunaan nama Google Call ini tidak begitu pelik. Dengan Google Message yang sudah menyokong RCS secara meluas, sokongan seakan iMessage – tidak terkejut jika Google Call nanti akan mempunyai fungsi yang sama seakan FaceTime Audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd