Fitbit adalah jenama bagi produk peranti boleh pakai yang agak premium. Fitbit kini adalah syarikat milik Google, tetapi produk dengan jenama Google sendiri masih belum kelihatan lagi. Baru-baru ini, perkara yang menjelaskan kaitan rapat antara Fitbit dan Google mula muncul dalam Google Assistant.

Bagi pengguna yang terpilih, Google Assistant kini boleh membaca data kesihatan dari perkhidmatan pihak ketiga. Fitbit adalah perkhidmatan yang diintegrasikan dalam Google Assistant. Melaluinya, Google Assistant boleh membaca data atau keputusan dan memaklumkan kepada pengguna. Buat masa ini, hanya data tidur sahaja yang boleh dibaca.
Disebabkan fungsi ini diedarkan secara berperingkat, jelas sekali ia masih dalam ujian. Di masa akan datang, pasti akan ada banyak lagi data yang Google Assistant boleh baca selain daripada tidur. Mungkin selepas ini boleh membaca nadi, kadar oksigen dalam darah dan banyak lagi.