Cip peranti mercud ari Qualcomm yang ramai nantikan adalah Snapdragon 875. Cip ini akan dibina berasaskan rekaan 5nm dan adalah cip yang mungkin dapat menewaskan cip Apple A14 Bionic. Sehingga hari ini, masih tiada pencabar cip ini kecuali Kirin 9000 pada Mate 40. iPhone 12 Mini pula adalah satu-satu iPhone dengan skor AnTuTu yang tinggi dan mengampiri Asus ROG Phone 3 yang dijana Snapdragon 865+.

Terkini, Oppo mungkin akan hadir dengan Oppo Reno5 yang dijana dengan cip Snapdragon buatan khas. Cip ini dikatakan adalah Snapdragon 870. Snapdragon 870 dikatakan dibina berasaskan Snapdragon 865, tetapi dengan GPU yang lebih berkuasa. Cip ini dikatakan berbeza dengan Snapdragon 865+ disebabkan GPU yang berbeza. GPU pada cip buatan khas ini mungkin mempunyai kuasa 905MHz berbanding Adreno 650 pada Snapdragon 865/865+ yang mempunyai kuasa 600MHz sahaja.
Kuasa cip ini dikatakan akan mencapai sehingga 3.2GHz. Tidak pasti sama ada cip ini adalah 7nm atau 5nm, ada kemungkinan ia masih lagi 7nm untuk menjimatkan kos. Oppo Reno5 dijangka tiba pada Disember ini dan cip ini mungkin akan diperkenalkan selepas peranti ini diperkenalkan. Oppo Find X3 pula mungkin akan menjadi peranti mercu yang lebih hebat dengan cip Snapdragon 875.