Vaksin Covid-19 AstraZeneca-Oxford Juga Mempunyai Keberkesanan 90% Tetapi Paling Mampu Milik

Diterbitkan pada Nov 24, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas Pfizer, Moderna dan  Sinovac Biotech mengumumkan keputusan ujian calon vaksin Covid-19 mereka, Astrazenca turut telah menerbitkan laporan ujian mereka semalam. Secara purata calon vaksin AZD1222  yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Oxford ini mempunyai keberkesanan 70% selepas dua dos penuh diberikan selang sebulan. Ia meningkat ke 90% jika dos separuh diberikan kemudian dos penuh sebulan kemudian.

Seperti calon vaksin CoronaVac yang dibangunkan Sinovac Biotech, calon vaksin AstraZeneca-Oxford hanya memerlukan suhu simpanan di antara 2-8 darjah Celsius selama enam bulan. Kos setiap dos dianggarkan sekitar €2.50 (~RM12.13) sahaja. Pfizer sebelum ini dilaporkan akan menjual vaksin mereka pada harga $20 (~RM82) manakala Moderna sehingga $37 (~RM151).

AstraZeneca dipilih sebagai rakan pengeluaran oleh Universiti Oxfrod kerana telah berjanji tidak akan mengambil sebarang keuntungan dalam penjualan vaksin sepanjang tempoh wabak. Untuk negara dunia ketiga pula, harga jualan akan dikekalkan rendah untuk selama-lamanya.

Di rantau Asia Tenggara, AstraZeneca telahpun memilih Thailand untuk menjadi pusat pengeluaran vaksin Covid-19 mereka. Sebelum penghujung 2021, sebanyak 700 juta dos akan dihasilkan dengan sasaran sehingga 3 bilion dos sepanjang 2021.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami