Poco Kini Beroperasi Sebagai Syarikat Bebas Dari Naungan Xiaomi

Poco Kini Beroperasi Sebagai Syarikat Bebas Dari Naungan Xiaomi

Diterbitkan pada Nov 25, 2020 oleh .

Satu demi satu syarikat yang bermula sebagai sub-jenama berubah menjadi syarikat bebas sejak tiga tahun kebelakangan ini. Terkini semasa pelancaran Poco M3, Poco mengesahkan mereka kini adalah syarikat kendiri yang bebas dari naungan Xiaomi.

Sejak memulakan operasi pada tahun 2018, sebanyak 2.2 juta Poco F1 telah berjaya dijual dengan jumlah keseluruhan pengeluaran mencecah 6 juta. Ini berjaya dilakukan selepas peranti Poco ditawarkan di 35 pasaran global termasuk Malaysia.

Dengan pengumuman ini, pengguna boleh berharap rekaan peranti Poco akan lebih unik dan bukan lagi sekadar menjenamakan semula peranti Xiaomi dan Redmi.



Paling Popular