Motorola Sedang Menguji Peranti Dengan Skrin 105Hz

Diterbitkan pada Nov 25, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Motorola dilaporkan sedang membangunkan peranti yang menggunakan kod nama “Nio”. Peranti ini dikatakan adalah peranti mercu yang masih dijana dengan cip Snapdragon 865 dan turut akan mempunyai kamera 64MP. Peranti ini turut dikatakan akan menjadi pengganti kepada Motorola Edge+ yang dilancarkan sebelum ini.

Motorola Edge+

Peranti ini menggunakan nombor model XT2125 dan dikatakan akan mempunyai skrin 90Hz. Tetapi laporan terbaru menyatakan yang Motorola “Nio” ini sedang diuji dengan skrin 105Hz. Jadi tidak pasti sama ada skrin kadar segar semula 105Hz ini adalah untuk pengguna atau hanya ujian untuk 90Hz. Asus ROG Phone 3 menyokong 144Hz secara komersil, tetapi sistem sebenar menyokong 160Hz.

Skrin peranti dilaporkan adalah 90Hz dan FHD+ sahaja, tetapi pilihan memori mungkin boleh mencapai sehingga 12GB RAM dan 256GB storan dalaman. Selain kamera 64MP, kamera 16MP sebagai lensa sudut ultra lebar dan dwi-kamera swafoto 16+8 Megapixel turut akan disertakan pada peranti ini. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami