Cari @ Amanz


Samsung dilihat mempunyai perancangan untuk memperluaskan lagi penawaran peranti-boleh lipat mereka untuk pengguna. Ia berikutan terdapatnya desas-desus terkini mengatakan mereka mungkin hadir dengan pengganti seterusnya untuk Galaxy Z Flip.

Galaxy Z Flip 5G

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai peranti ini. Tetapi, ia dipercayai hadir dengan penawaran skrin bersama kadar segar semula tinggi mencapai 120Hz. Boleh dikatakan, ini adalah penawaran lebih menarik berbanding pendahulunya. Namun begitu, ini bukan kali pertama Samsung menyertakan spesifikasi sebegini pada peranti boleh-lipat mereka. Sebaliknya, Samsung Galaxy Z Fold2  juga dilengkapi skrin 120Hz.

Samsung Galaxy Z Flip

Menurut sumber lagi, peranti pintar ini juga dipercayai hadir dengan binaan bezel lebih nipis. Selain, mungkin ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan. Buat masa ini, Samsung dilihat belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini. Jadi, rasanya adalah lebih baik jikalau kita menganggapnya sekadar satu spekulasi awal semata.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Z Fold2, peranti ini telah sedia ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga RM7,999 untuk seunit dan boleh didapati menerusi kedai rasmi atas talian Samsung sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd