Pada Belanjawan 2021 yang lepas, kerajaan telah mengummumkan Program eBelia yang memfokuskan pemberian kredit sebanyak RM50 untuk mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 20 tahun. Pengumuman berkenaan mendapat reaksi yang pelbagai, dan turut telah diminta untuk menyertakan golongan pelajar didalamnya.
Lanjutan daripadanya, hari ini kerajaan mengumumkan kemaskini dan penambah-baikkan untuk Program eBelia.
Melalui pembaharuan baru, kerajaan akan menawarkan kredit RM100 untuk setiap seorang, untuk mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun, selain turut menyertakan golongan pelajar IPTA dan juga IPTS (walau berumur lebih 20 tahun). Kredit ini akan diberikan melalui dompet digital.
Pemberian sekali ini memfokuskan pembudayaan ekonomi nirtunai, selain pada masa yang sama mengurangkan beban yang ditanggung oleh para mahasiswa.
Kita akan mendengar lanjut berkenaan dengan penawaran Program eBelia ini pada awal tahun 2021 kelak.