Cari @ Amanz

Ketika pelancaran OnePlus 8T tempoh hari, jenama ini turut hadir dengan penawaran aksesori audio baharu iaitu OnePlus Buds Z. Fon telinga ini dikatakan hadir dengan rekaan serba baharu bersama penawaran spesifikasi lebih menarik.

Dalam perkembangan terkini, OnePlus telah mengesahkan bahawa aksesori audio ini bakal tiba di Malaysia minggu hadapan, 30 November 2020. Perkara ini dikongsi oleh pihak OnePlus sendiri menerusi entri terkini di laman media sosial mereka. Seperti biasa, untuk ketahui penawaran harga jualannya, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi kelak dan setia dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd