Cari @ Amanz

Bersama-sama pengenalan siri telefon pintar Redmi Note 9 5G, pihak Xiaomi turut memperkenalkan jam tangan pintar dibawah jenama Redmi, iaitu Redmi Watch.

Redmi Watch menawarkan rekaan mula jam dalam bentuk  segi empat, menggunakan skrin bersaiz 1.4-inci, serta hadir dengan penawaran bateri selama sehingga 12 hari lamanya.

Jam tangan Redmi Watch ini turut hadir bersama dengan ciri jejak kecergasan, menawarkan tujuh mod sukan berbeza, selain turut menyertakan sokongan kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Jam tangan pintar ini turut menyertakan sebuah mikrofon, dan pembantu maya Xiao AI untuk pasaran China. Ciri NFC juga turut hadir, memudahkan pembayaran melalui Alipay.

Buat masa ini, jam tangan pintar ini hanya ditujukan untuk pasaran China sahaja. Di sana, ia dijual pada harga bermula 299 Yuan, iaitu sekitar RM184.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd